Ahad, 10 Januari 2010

Baju Cinta...


seorang ibu mertua (berumur lingkungan 50an)datang menziarahi rumah anak menantu perempuannya yang baru berkahwin. setelah membunyikan loceng, si mertua terkejut kerana mendapati menantu perempunnya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun di badannya. tanpa di tanya, si menantu berkata "saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!".

"tapi kau telanjang !!!???" marah si ibu mertua.


"ini BAJU CINTA saya" balas si menantu

"BAJU CINTA ??" si mertua kehairanan

"ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya"

"saya harap mak dapat balik dulu sebelum suami saya pulang keran tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan mak" pinta si menantu.

Si mertua faham kehendak anak menantunya. dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. di dalam perjalanan pulang si mertua mendapat idea ... fikirnya dengan mengikut cara anak menantunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan suaminya yang sudah berumur.

sesampai di rumah, si mertua tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si mertua tadi pun menunggu suaminya pulang dari bekerja.

dalam berberapa ketika suami si mertua tadi pulang, dengan bangganya si mertua tadi menayangkan tubuh badan yang tanpa seurat benang kepada suaminya. (dengan gaya ala marilyn monroe)

"kenapa dengan kau nie ... buang tebiat???" marah si suami tadi.

"ini lah BAJU CINTA bang" kata si mertua tadi

"hah? BAJU CINTA???" soal si suami sambil memandang dari atas kebawah.seketika si suami tadi menambah

"KENAPA TAK SETERIKA DULU ??? NAMPAK SANGAT KEDUTNYA"

Khamis, 7 Januari 2010

CINTA & PERKAHWINAN


Cinta dan perkahwinan berkait rapat seperti kiambang berpaut. Kalau kiambang dipisahkan mereka pasti berpaut kembali. Cinta dan perkahwinan berkait rapat untuk membina sebuah mahligai yang indah. Sesungguhnya tak kenal maka tak cinta. Jangan jadi alasan untuk mengelaknya. Hmm teringat perihal kata orang orang dulu dulu…nikah dulu baru bercinta. Tapi soalnya zaman sekarang, pendapatnya jauh berbeza. Kita perlu berkenalan dahulu barulah boleh menuju ke gerbang perkahwinan. Bukan apa…. kebanyak suka berahsia.. sudah kahwin mengaku bujang.. tup tup tup…

meletup..Ah. ..dah kahwin..ada ada nak empat?? lagi satu paling mengejutkan. .. Terperanjat beruk terlanggar monyet.. nak jadikan bini no 4. Siapa nak jawap tu??.. bagi yang buta hati dan perasaan ..terus terima… kerana cinta ..tidak pandang masa depan.. bila dah terkena .. sudah terantuk baru nak menadah. Menangis pun tidak berlagu. Bagaimana dia pernah lukakan isterinya.. begitu dia akan lukakan hati anda seterusnya. Ada pula berkata seperti tidak bersalah..Lelaki lebih banyak sekarang ni, tak salah kalau berpoligami dan berkongsi kasih. Oh No! macam satu kerja gila gitu. Apa perasaan anda jika berkata begitu.. lainlah si isteri begitu rela hati datang meminang pada anda untuk dijadikan madu. Seperti ada sebuah novel Madu Pilihan. ada pula tidak kira isteri orang atau suami orang…tunang orang atau matair orang sibuk nak rapat rapatkan diri.. maksudnya… jadikan diri sebagai orang ketiga or best man/women win. Tak baikkan macam itu… hish. Yang sudah berumahtangga jadi hantu nets sibuk cari spare tyre…mula mula kawan lama lama bertukar perasaan… sampai bercerai berai……. …subhanallah apa nak jadi…hargailah rumahtangga anda.. jagalah sebaiknya.. bersyukur apa yang ada.. alam siber ni memang indah indah belaka kalau dah terjadi satu hal.. nanti menangis tidak berlagu…susahkang ……… .

  1. yang pertama niat hendak berkawan boleh tapi jangan sampai terlampau batas sehingga maruah tergadai
  2. jangan ambil hak orang..suami orang atau isteri orang… jangan sekali kali main api… nanti termakan diri… carilah yang benar benar baik dan single…itupun seribu dalam satu boleh dipercayai. Bagi kaum hawa jangan ingat … lelaki kurang..suami atau tunang atau hak orang kita kebas juga… kasihanilah mereka… Kalau hari ini lelaki itu boleh buat demikian pada pasangan mereka .. nanti terkena pada diri kita.. like karma gitu.
  3. jangan sekali kali mengambil kesempatan yang ada. sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana kepentingan diri sendiri.
  4. sebagai wanita… kita harus menjaga diri dan akhlak kita jangan sampai tercemar. sekali tercemar..sampai mati di sebut.
  5. fikirlah sendiri baik buruknya dalam kehidupan ya.. nak bahagia dunia akhirat….. jadilah wanita mithali.. wanita penghuni surga. banyakkan ilmu dan banyakkan pendekatan padaNya yang satu.. didiklah anak anak menjadi anak yang soleh dan solehah insyaallah mudah mudahan di yaumil masyar tak disoal nanti amin amin amin ya rabbal alamin..
Dalam pengertian cinta dan perkahwinan perlulah dianggap perlu dalam kehidupan yang seharusnya kita lalui akan datang. Komunikasi, tolenrasi, saling memahami, saling dihargai, bertukar fikiran dll perlu dalam rumahtangga. Janganlah satu ke timur seorang ke selatan. Saling memerlukan itu penting. Tanpa cinta dan pengorbanan hancurnya sebuah istana. Carilah orang yang boleh menghargai kita sebagai wanita jangan cari yang kaki pukul dan kaki buli. Nanti teraniaya sepanjang zaman. Carilah yang bertanggungjawap. Jangan kita saja yang bertanggungjawap tapi dia tidak. Kurangkan rasa cemburu, just neutral. Cemburu ada batasannya jangan sampai bunuh bunuh dan sepak terajang. Masalah bukan boleh selesaikan dengan kekasaran. Nanti ada yang masuk hospital dan berkurung dalam rumah gedung batu makan tanggung duduk bercanggung.

Akhir kata Hargai cinta anda.. kalau miliki cinta yang terbaik, jangan sekali kali melepaskannya. .nanti menyesal tak sudah.

Rabu, 6 Januari 2010

HAKIKAT SEBUAH CINTA...




Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Selasa, 5 Januari 2010

BENARKAN CINTA ITU MENYAKITKAN. :.



Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.

Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

Isnin, 4 Januari 2010

Renungan Cinta...



Kepada yg masih SINGLE…

Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN.. .

Cinta bknnya mencari seseorang yg “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…

Jgn katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yg PATAH HATI…

Sakit… patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA…

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

Kepada yg ingin MENGUASAI…

Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

Kepada yg takut MENGAKUI…

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI…

Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Cinta memang indah tp byk ranjau onak berduri didlmnye…. .

Cinta Sejati Langit Dan Laut



Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata - kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah - merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah - pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Ahad, 3 Januari 2010

Hargai Anugerah Cinta

Bayangkan anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan.

Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai.

Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

Cinta adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

 Teman yang baik adalah individu yang sentiasa berada disisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa - apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.

 Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

 Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat anda membuat tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kujungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan.

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuta anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.

Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.

Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan lagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.

Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu - satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.

Sabtu, 2 Januari 2010

Jangan Menangis Cinta



Jangan menangis Cinta
dunia masih luas untuk kau jelajahi
biarpun dikaburi kabus pagi
teruskan berlari
waktu masih ada untuk kau kejari
pandang ke depan dengan mata hati

Jangan menangis Cinta
Lihat ke depan ada sinar menanti
jangan rosakkan hati
untuk terus bersendiri
menyimpan rasa di dlm hati
tanpa ada yg mengerti

Jangan menangis Cinta
jangan kau tolak takdir Illahi
Ku doakan dengan sepenuh hati
agar esokkan terus menemani
memberi sinar secerah mentari
untuk kau terus meniti

Jangan menangis Cinta
kerana masih ada yg sayang..

Khamis, 31 Disember 2009

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak mendengar... namun sentiasa bergetar

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak buta... namun sentiasa melihat dan merasa

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak menyeksa... namun sentiasa menguji

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak memaksa... namun sentiasa berusaha
 
Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak cantik... namun sentiasa menarik

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak datang dengan kata - kata... namun sentiasa menghampiri dengan hati

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak terucap dengan kata... namun sentiasa hadir dengan sinar mata

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak hanya berjanji... namun sentiasa cuba memenangi

Jika Ia Sebuah Cinta...ia mungkin tidak suci... namun sentiasa harmoni

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak hadir dengan permintaan... namun hadir kerana ketentuan

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan... namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Rabu, 30 Disember 2009

Bila Cinta Bersuara

Kita hanya tahu menyebut CINTA itu buta....

Setiap kesalahan yang kita lakukan
Pastinya kita akan menyalahkan CINTA
Tapi mungkin kita tidak menyedari yang CINTA
Juga seolah - olah mempunyai perasaan
Dan jika Allah Yang Maha Berkuasa ini membenarkan CINTA
Bertukar menjadi seorang manusia
Pastinya CINTA akan meluahkan perasaan yang dipendamnya
Selama ini

CINTA ada di dalam setiap diri manusia
CINTA akan turut menangis di saat sekeping hati
Milik si gadis ataupun si jejak dilukai

CINTA turut merasa gembira di saat seorang gadis tersenyum
Ketika membuka pemberian daripada kekasihnya

CINTA juga turut merasai sakit yang perlu ditanggung di saat
seorang jejaka mahupun seorang gadis mencurangi kekasihnya

CINTA juga turut merasa pedihnya di saat menerima berita
yang tidak disangka - sangka dari kekasih kepada jejaka
atau gadis yang dihuninya
seperti berita kematian, kemalangan, permasalahan yang menimpa
dan berbagai - bagai lagi

CINTA juga bersama mengucapkan syukur apabila perasaan
Si gadis atau jejak tadi berbalas

Malah, CINTA juga turut merasa pedihnya di saat si jejaka
ataupun si gadis meminta untuk memutuskan perhubungan
yang sekian lama terjalin

Sedarlah wahai sahabat yang sedang dilamun cinta
mahupun yang baru bercita - cita untuk jatuh cinta

CINTA TIDAK PERNAH BUTA

Sesungguhnya, CINTA itu dapat melihat apa yang dilakukan
Oleh sepasang kekasih dan sesungguhnya
CINTA akan turut menangis di saat kita menangis

CINTA juga akan turut ketawa
di saaat kita di selubungi bahagia...

Selasa, 29 Disember 2009

Laksamana Cinta....

Hadirnya bagai suatu kuasa
yang memukau segenap jiwa raga
bagai arus letrik yang mengalir
menghidupkan cerah terangi gelita
yang tak pernah ku rasa
walau dulu ada yang ku pernah suka
namun tak segairah aku memuja mu
Laksamana Cinta pengarang jantung ku

Dalam rancak senda gurau
hanya bertinta pada maya
tanpa sedar membenih sayang
berkembang mekar bunga cinta
rahsia keajaiban yang unik
membuka kunci hati
sering terbuai ke alam fantasi
hingga terbawa dalam mimpi
melakar kisah tentang kita
buat aku sering merindu dan rindu..

Kegilaan ku pada mu
bukan nyata ku buat-buat
atau sengaja berpura memuja
ia lahir dari lubuk jiwa
kerna ku tak tahu mengapa
hanya menatap potret mu
bisa buat jantungku pantas berdenyut
hati jadi lapang bahagia
dan serasa jiwa kita bagai menjadi satu

Sering kali buat aku terlupa
kita langsung tak pernah ada apa-apa
pernah ku cuba lenyapkan
semua rasa igauan yang ku alami
kerna tak mahu terus tertipu
oleh hasutan nafsu yang celaru
yang nanti buat aku rebah
sakit terluka mainan perasaan
berbicara pada halusinasi?

Tetapi, kuatnya ikatan fikiran
menarik kembali mengintai dalam rahsia
memujuk bersama yakin dan redha
segala ketentuan terletak pada Maha Pencipta!
betapa hebatnya panahan cinta mu
anehnya rasa cinta ini yang ku alami..

Aku tahu, kau punya banyak pilihan
dan aku tahu hati mu telah kebal
dengan segala pujuk rayu dan madah cinta..
mahu pun usikan manja menggoda
dan aku juga tahu yang hati mu telah ada
jantung hati yang bertakhta..
siapakah dia yang bertuah?
dapat mendakap mu penuh erat?

Cemburukah aku?
ya.. aku memang cemburu! terlalu cemburu..
namun.. sayang, kau tak perlu risau..
rasa cemburu dan cinta ku ini,
bisa ku rawat sendiri ..
bisa buat aku senyum kembali ..
aku hanya mahu lihat kau bahagia.

Isnin, 28 Disember 2009

8 Tanda Lalu Lintas Cinta

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN

Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI

Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

JALAN BENGKANG BENGKOK

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji

JALAN SEMPIT

Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri

AWAS! JALAN BERBUKIT

Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain

JARAKKAN KENDERAAN

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!

Ahad, 27 Disember 2009

Jangan Berhenti Bercinta

"Kereta, Otak & cinta...semuanya sama!"

Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu. TIDAK SAMA!

Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama...

Otak ~ Yup!...begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka 'enjin' untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!...

Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!

CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, "Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh...adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan" ..Jangan cepat mengalah pencari cinta, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi...Jangan sesekali berhenti dari bercinta!

Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu...hanya menyerah pada yang Esa. Ingatlah....Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Pencari Cinta lagi banyak kali gagal!!...

Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta...SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah...enjin mati, otak beku!...CINTA??...samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang... akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan?

Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda semakin faham tentang percintaan, bila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!... kan itu yang anda mahu?...jika itu keinginan anda, jawapannya simple je, "JANGAN BERHENTI BERCINTA!"

Cinta.....

Hidup perlukan sesuatu
Supaya dilihat sentiasa berseri
Hidup perlukan sesuatu
Supaya perjalanan hidup sentiasa terisi

Begitulah keadaan dengan hati
Hati juga perlukan sesuatu
Supaya hati tidak selalu sepi
Supaya hati tidak selalu pilu

Cinta…
Dalam hidup perlu
Apa lagi dalam hati

Cinta…
Apa ertinya Cinta?
Jika hidup kehilangan arah
Apa ertinya Cinta?
Jika hidup kehilangan punca

Dalam hidup perlu ada Cinta
Dalam hati perlu ada Cinta
Cinta yang tulus dan suci
Cinta yang iklhas dan murni

Hidup tidak akan sesat
Hati tidak akan gelap
Kalau ada Cinta
Cinta yang sebenar-benar Cinta…

Sabtu, 26 Disember 2009

Mengenal Makna CINTA.....


Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong? Itu bukan Cinta tapi itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta tapi itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada disana? Itu bukan Cinta tapi itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta tapi itu KESETIAAN.

Adakah kita tetap mengatakan yang kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta tapi itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan cinta tapi itu TERGILA - GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi padanya? Itu bukan Cinta tapi itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta tapi itu DUSTA.

Adakah kita rela memberi semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta tapi itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi......Adakah kita tetap bertahan kerana diantara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagian yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya......menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? Itulah CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian itulah CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian itulah CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat. Jika demikian itulah CINTA.

Adakah hati kita gembira di saat dia bahagia? Jika demikian itulah CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehinnga menusuk? Jika demikian itulah CINTA.