Sabtu, 27 Februari 2010

Kipas Api Cinta

Sukar untuk semarakkan rasa sayang kerana kalian baru kenal? Kalau kamu cuba tips berikut, mungkin boleh menjadi.

1. Rangsang Mood

Elak terus berjumpa selepas waktu bekerja. Selain rasa 'kurang bersih', susah nak semarakkan rasa happy bila berjumpanya. Pulang ke rumah dulu. Mandi dan semburkan haruman kegemarannya, kemudian pergi dating. Barulah lebih selesa.

2. Cabar Diri Sendiri

Ingat tak usikan nakal yang kamu suka buat bila bersembang dengan geng lelaki di internet? Apabila teringat ayat serupa sewaktu berdating, apa kata luahkan pada si dia. Mulanya memanglah takut, tetapi keadaan akan berubah lebih relaks.

3. Naikkan Egonya

Minta si dia merancang temujanji dengan aktiviti diminatinya samada bermain tenis, bowling atau golf. Membiarkannya menunjukkan aura dominasi bukan saja seksi, tetapi kamu juga tak perlu susah payah fikir topik perbualan.

4. Kejutan Manja

Bila si dia relaks saja, katakan kamu suka pada lesung pipit atau senyuman, atau matanya. Pasti dia teruja!

Rabu, 3 Februari 2010

Tak Usah Cinta

Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda. Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.