Jumaat, 25 Disember 2009

Monolog Cinta...



Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tanpa aku sedari hidup aku umpama angin lalu, betapa asyik tatkala udaranya meniup dan berlalu, bila terhenti bahang panas kembali dan hati sentiasa mengharap udara yang nyaman itu kembali..

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa sangat tenang. Suka, tawa, girang dan riang. Kehidupan yang sederhana tanpa ada secoret arang serta duri yang cuba menjadi penghalang. Mungkin aku telah berjaya membuang segala duka yang pernah membuat hati ini terluka. Tanpa sebarang cinta yang selalu membuat jiwa aku merana, aku tukar segala rencana, hidup aku sekarang sentiasa bahagia bersama keluarga serta sahabat-sahabat yang lebih menghulurkan rasa sayang dan cinta tanpa sebarang ragu dan wasangka.

Aku rasa ruang di hati ini tertutup buat seketika, memberi masa untuk ia bersih semula, agar di lain ketika, ia lebih bersedia untuk memberi dan menerima segala cinta yang penuh dengan suka juga sarat dengan luka dan sengsara. Aku percaya, aku hanya perlu menanti saatnya untuk hati ini menerima keunggulan cinta yang bebas dari air mata luka, sengsara dan kecewa kerana dalam hati ini masih ada cinta yang perlu dikongsi buat si dia yang memerlukannya…..

Keluarga, adinda, sahabat dan teman… Terima kasih kerana sentiasa bersama aku dalam meneruskan kehidupan… Kalian sememangnya sumber kekuatan aku selama ini…

Cintamu hanya karena cinta padaNya
Cinta nan indah bersandarkan taqwa
Cinta yang berbentuk crystal lembut dihatimu
Cinta yang memancar terangi crystal hatimu
Cinta kepada-Nya adalah cinta sebenarnya
Cinta dalam ketentuan aqidah-Nya
Cinta yang selalu bersenandung syurga
Cinta lembut penuh kasih sayang-Nya
Semoga cinta itu kita memiliki sepenuh jiwa
Jiwa tenang akan dzikir-Nya
Cinta yang basah dengan alunan lidah akan nama-Nya
Cinta yang suci semulia kehadirat-Nya

Cinta Adam Kepada Hawa...


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.....

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana saya khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri......

Hawa,
Lelaki yang baik jua tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan yang mengodanya. Lelaki yang warak juga  tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.....

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdir tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagikan dirimu.....

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah kelurgamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang imam lelaki.