Khamis, 31 Disember 2009

Jika Ia Sebuah Cinta

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak mendengar... namun sentiasa bergetar

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak buta... namun sentiasa melihat dan merasa

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak menyeksa... namun sentiasa menguji

Jika Ia Sebuah Cinta... ia tidak memaksa... namun sentiasa berusaha
 
Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak cantik... namun sentiasa menarik

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak datang dengan kata - kata... namun sentiasa menghampiri dengan hati

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak terucap dengan kata... namun sentiasa hadir dengan sinar mata

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak hanya berjanji... namun sentiasa cuba memenangi

Jika Ia Sebuah Cinta...ia mungkin tidak suci... namun sentiasa harmoni

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak hadir dengan permintaan... namun hadir kerana ketentuan

Jika Ia Sebuah Cinta...ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan... namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan

Rabu, 30 Disember 2009

Bila Cinta Bersuara

Kita hanya tahu menyebut CINTA itu buta....

Setiap kesalahan yang kita lakukan
Pastinya kita akan menyalahkan CINTA
Tapi mungkin kita tidak menyedari yang CINTA
Juga seolah - olah mempunyai perasaan
Dan jika Allah Yang Maha Berkuasa ini membenarkan CINTA
Bertukar menjadi seorang manusia
Pastinya CINTA akan meluahkan perasaan yang dipendamnya
Selama ini

CINTA ada di dalam setiap diri manusia
CINTA akan turut menangis di saat sekeping hati
Milik si gadis ataupun si jejak dilukai

CINTA turut merasa gembira di saat seorang gadis tersenyum
Ketika membuka pemberian daripada kekasihnya

CINTA juga turut merasai sakit yang perlu ditanggung di saat
seorang jejaka mahupun seorang gadis mencurangi kekasihnya

CINTA juga turut merasa pedihnya di saat menerima berita
yang tidak disangka - sangka dari kekasih kepada jejaka
atau gadis yang dihuninya
seperti berita kematian, kemalangan, permasalahan yang menimpa
dan berbagai - bagai lagi

CINTA juga bersama mengucapkan syukur apabila perasaan
Si gadis atau jejak tadi berbalas

Malah, CINTA juga turut merasa pedihnya di saat si jejaka
ataupun si gadis meminta untuk memutuskan perhubungan
yang sekian lama terjalin

Sedarlah wahai sahabat yang sedang dilamun cinta
mahupun yang baru bercita - cita untuk jatuh cinta

CINTA TIDAK PERNAH BUTA

Sesungguhnya, CINTA itu dapat melihat apa yang dilakukan
Oleh sepasang kekasih dan sesungguhnya
CINTA akan turut menangis di saat kita menangis

CINTA juga akan turut ketawa
di saaat kita di selubungi bahagia...

Selasa, 29 Disember 2009

Laksamana Cinta....

Hadirnya bagai suatu kuasa
yang memukau segenap jiwa raga
bagai arus letrik yang mengalir
menghidupkan cerah terangi gelita
yang tak pernah ku rasa
walau dulu ada yang ku pernah suka
namun tak segairah aku memuja mu
Laksamana Cinta pengarang jantung ku

Dalam rancak senda gurau
hanya bertinta pada maya
tanpa sedar membenih sayang
berkembang mekar bunga cinta
rahsia keajaiban yang unik
membuka kunci hati
sering terbuai ke alam fantasi
hingga terbawa dalam mimpi
melakar kisah tentang kita
buat aku sering merindu dan rindu..

Kegilaan ku pada mu
bukan nyata ku buat-buat
atau sengaja berpura memuja
ia lahir dari lubuk jiwa
kerna ku tak tahu mengapa
hanya menatap potret mu
bisa buat jantungku pantas berdenyut
hati jadi lapang bahagia
dan serasa jiwa kita bagai menjadi satu

Sering kali buat aku terlupa
kita langsung tak pernah ada apa-apa
pernah ku cuba lenyapkan
semua rasa igauan yang ku alami
kerna tak mahu terus tertipu
oleh hasutan nafsu yang celaru
yang nanti buat aku rebah
sakit terluka mainan perasaan
berbicara pada halusinasi?

Tetapi, kuatnya ikatan fikiran
menarik kembali mengintai dalam rahsia
memujuk bersama yakin dan redha
segala ketentuan terletak pada Maha Pencipta!
betapa hebatnya panahan cinta mu
anehnya rasa cinta ini yang ku alami..

Aku tahu, kau punya banyak pilihan
dan aku tahu hati mu telah kebal
dengan segala pujuk rayu dan madah cinta..
mahu pun usikan manja menggoda
dan aku juga tahu yang hati mu telah ada
jantung hati yang bertakhta..
siapakah dia yang bertuah?
dapat mendakap mu penuh erat?

Cemburukah aku?
ya.. aku memang cemburu! terlalu cemburu..
namun.. sayang, kau tak perlu risau..
rasa cemburu dan cinta ku ini,
bisa ku rawat sendiri ..
bisa buat aku senyum kembali ..
aku hanya mahu lihat kau bahagia.

Isnin, 28 Disember 2009

8 Tanda Lalu Lintas Cinta

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN

Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru.

PEJALAN KAKI

Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

JALAN BENGKANG BENGKOK

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji

JALAN SEMPIT

Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri

AWAS! JALAN BERBUKIT

Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain

JARAKKAN KENDERAAN

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!

Ahad, 27 Disember 2009

Jangan Berhenti Bercinta

"Kereta, Otak & cinta...semuanya sama!"

Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu. TIDAK SAMA!

Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama...

Otak ~ Yup!...begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka 'enjin' untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!...

Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!

CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, "Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh...adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan" ..Jangan cepat mengalah pencari cinta, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi...Jangan sesekali berhenti dari bercinta!

Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu...hanya menyerah pada yang Esa. Ingatlah....Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Pencari Cinta lagi banyak kali gagal!!...

Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta...SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah...enjin mati, otak beku!...CINTA??...samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang... akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan?

Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda semakin faham tentang percintaan, bila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!... kan itu yang anda mahu?...jika itu keinginan anda, jawapannya simple je, "JANGAN BERHENTI BERCINTA!"

Cinta.....

Hidup perlukan sesuatu
Supaya dilihat sentiasa berseri
Hidup perlukan sesuatu
Supaya perjalanan hidup sentiasa terisi

Begitulah keadaan dengan hati
Hati juga perlukan sesuatu
Supaya hati tidak selalu sepi
Supaya hati tidak selalu pilu

Cinta…
Dalam hidup perlu
Apa lagi dalam hati

Cinta…
Apa ertinya Cinta?
Jika hidup kehilangan arah
Apa ertinya Cinta?
Jika hidup kehilangan punca

Dalam hidup perlu ada Cinta
Dalam hati perlu ada Cinta
Cinta yang tulus dan suci
Cinta yang iklhas dan murni

Hidup tidak akan sesat
Hati tidak akan gelap
Kalau ada Cinta
Cinta yang sebenar-benar Cinta…

Sabtu, 26 Disember 2009

Mengenal Makna CINTA.....


Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat di kerongkong? Itu bukan Cinta tapi itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata daripadanya? Itu bukan Cinta tapi itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada disana? Itu bukan Cinta tapi itu KESEPIAN.

Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang? Itu bukan Cinta tapi itu KESETIAAN.

Adakah kita tetap mengatakan yang kita menyintainya kerana kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta tapi itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hati kita terpikat? Itu bukan cinta tapi itu TERGILA - GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita telah berhutang budi padanya? Itu bukan Cinta tapi itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan kepadanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta tapi itu DUSTA.

Adakah kita rela memberi semua hal yang kita senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta tapi itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi......Adakah kita tetap bertahan kerana diantara kesedihan dan kegembiraan, penderitaan dan kebahagian yang membutakan dan sukar difahami walau berjuta penyair mencari maknanya......menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? Itulah CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian itulah CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian itulah CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat. Jika demikian itulah CINTA.

Adakah hati kita gembira di saat dia bahagia? Jika demikian itulah CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehinnga menusuk? Jika demikian itulah CINTA.


Jumaat, 25 Disember 2009

Monolog Cinta...



Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tanpa aku sedari hidup aku umpama angin lalu, betapa asyik tatkala udaranya meniup dan berlalu, bila terhenti bahang panas kembali dan hati sentiasa mengharap udara yang nyaman itu kembali..

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa sangat tenang. Suka, tawa, girang dan riang. Kehidupan yang sederhana tanpa ada secoret arang serta duri yang cuba menjadi penghalang. Mungkin aku telah berjaya membuang segala duka yang pernah membuat hati ini terluka. Tanpa sebarang cinta yang selalu membuat jiwa aku merana, aku tukar segala rencana, hidup aku sekarang sentiasa bahagia bersama keluarga serta sahabat-sahabat yang lebih menghulurkan rasa sayang dan cinta tanpa sebarang ragu dan wasangka.

Aku rasa ruang di hati ini tertutup buat seketika, memberi masa untuk ia bersih semula, agar di lain ketika, ia lebih bersedia untuk memberi dan menerima segala cinta yang penuh dengan suka juga sarat dengan luka dan sengsara. Aku percaya, aku hanya perlu menanti saatnya untuk hati ini menerima keunggulan cinta yang bebas dari air mata luka, sengsara dan kecewa kerana dalam hati ini masih ada cinta yang perlu dikongsi buat si dia yang memerlukannya…..

Keluarga, adinda, sahabat dan teman… Terima kasih kerana sentiasa bersama aku dalam meneruskan kehidupan… Kalian sememangnya sumber kekuatan aku selama ini…

Cintamu hanya karena cinta padaNya
Cinta nan indah bersandarkan taqwa
Cinta yang berbentuk crystal lembut dihatimu
Cinta yang memancar terangi crystal hatimu
Cinta kepada-Nya adalah cinta sebenarnya
Cinta dalam ketentuan aqidah-Nya
Cinta yang selalu bersenandung syurga
Cinta lembut penuh kasih sayang-Nya
Semoga cinta itu kita memiliki sepenuh jiwa
Jiwa tenang akan dzikir-Nya
Cinta yang basah dengan alunan lidah akan nama-Nya
Cinta yang suci semulia kehadirat-Nya

Cinta Adam Kepada Hawa...


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.....

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana saya khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri......

Hawa,
Lelaki yang baik jua tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan yang mengodanya. Lelaki yang warak juga  tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.....

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdir tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagikan dirimu.....

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah kelurgamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang imam lelaki.

Khamis, 24 Disember 2009

Doa Putus Cinta (Mengatasi Kekecewaan)





Bila Mengalami Kekecewaan Seperti Putus Cinta, Putus Tunang, Berrcerai Suami Isteri Dan Seumpamanya, Maka Iktiar Yang Boleh Dilakukan Untuk Melupakan Kekasih Adalah Seperti Di Atas Ini.

Kerana Cinta

Kerana Cinta Duri Menjadi Mawar
Kerana Cinta Cuka Menjelma Anggur Segar
Kerana Cinta Keuntungan Menjadi Mahkota Penawar
Kerana Cinta Kemalangan Menjelma Keberuntungan
Kerana Cinta Rumah Penjara Tampak Bagaikan Kedai Penawar
Kerana Cinta Tompokan Debu Kelihatan Seperti Taman
Kerana Cinta Api Yang Berkobar - Kobar Jadi Cahaya Yang Menyenangkan
Kerana Cinta Syaitan Berubah Menjadi Bidadari
Kerana Cinta Batu Yang Keras Menjadi Lembut Bagaikan Mentega
Kerana Cinta Duka Menjadi Riang Gembira
Kerana Cinta Hantu Berubah Menjadi Malaikat
Kerana Cinta Singa Tak Menakutkan Seperti Tikus
Kerana Cinta Sakit Jadi Sihat
Kerana Cinta Amarah Menjadi Keramah - Ramahan

Rabu, 23 Disember 2009

Kerana Cinta Aku Rela Dalam Paksa



Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku

Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.

Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah

Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Aku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang
.
Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.
Ku berserah kepadamu Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.

Antara Cinta Dan Persahabatan

Andainya Ku Diberi Pilihan Untuk Memilih Kedua-Duanya
Akan Ku Pilih Kedua-Duanya
Kerana Bagiku Ia Sama Bererti Dan Bernilai Dalam
Hidupku

Cinta... .
Suatu Ungkapan Yang Belum Pasti Keindahannya
Kerana Di Sebalik Keindahan Cinta Itu
Tersirat Seribu Kepahitan
Pastinya Merentap Kedamaian Jiwa
Seorang Pecinta Setia
Tatkala Ikatan Diundang Kekecewaan

Namun...
Ia Tetap Betah Menjemput Setiap Jiwa
Yang Punya Hati Dan Perasaan
Hakikat Yang Tersimpan Di Sebalik Anugerah Ini
Tak Terungkai Dengan Bicara Dibibir
Tak Tergambar Dengan Lakonan
Begitu Syahdunya Kurniaan Ilahi
Lahirnya Dari Hati Seorang Insani
Yang Berakal Beremosi, Penyayang Dan Berperasaan

Persahabatan... .
Suatu Ikatan Yang Lahir Dari Hati
Keinginan Yang Ikhlas
Bagi Berkongsi Tangis, Tawa, Kasih Sayang, Dan Keakraban
Sesungguhnya Sahabat Adalah Tempat Berbicara Setulusnya
Tentang Impian Dan Pengertian Hidup Ini..

Persahabatan Yang Suci Dan Murni
Adalah Sebuah Perhubungan Yang Disulami Benang-
Benang Kejujuran
Diwarnai Dengan Keikhlasan
Dicurahi Dengan Kasih Sejati
Sekiranya Menjadi Gunting Dalam Lipatan
Robohlah Tembok Keluhuran Sebuah Persahabatan

Teman Yang Budiman
Mengertilah Maksudku Ini
Sesungguhnya Apa Yang Tersimpul Dihati Kecilku
Sejak Perkenalan Kita

Kita Bina Tugu Persahabatan
Yang Dipagari Besi Kedewasaan
Yang Teguh Berdiri Megah Di Laman Hati Kita
Tak Tumbang Dek Rintangan
Hanya Satu Pintaku
Agar Dikau Sentiasa Mengingati Diriku... ..

"Cinta Yang Disemadikan Tak Mungkin Layu Selagi
Adanya Imbas Kembali, Hati Yang Remuk Kembali
Kukuh Selagi Ketenangan Di Kecapi, Jiwa Yang
Pasrah Bertukar Haluan Selagi Esok Masih Ada,
Parut Yang Lama Pastikan Sembuh Selagi Iman
Terselit Di Dada..."

"Memberikan Seluruh Cintamu Kepada Seseorang
Bukanlah Jaminan Dia
Akan Membalas Cintamu. Jangan Mengharapkan
Balasan Cinta, Tunggulah
Sampai Cinta Berkembang Di Hatinya, Tetapi Jika
Tidak, Berbahagialah
Karena Cinta Tumbuh Di Hatimu..."

"Sahabat Terbaik Adalah Dia Yang Dapat Duduk
Berayun-Ayun Diberanda Bersamamu, Tanpa
Mengucapkan Sepatah Katapun , Dan Kemudian Kamu
Meninggalkannya Dengan Perasaan Telah Bercakap-
Cakap Lama Dengannya..."


Selasa, 22 Disember 2009

Akibat Cinta Berada Bukan Tempatnya.....

Bacalah Anda Dengan Hati Yang Waras Dan Terbuka Dan Hayati Kisah Ini Untuk Sama - Sama Kita Ambil Iktibar Daripada Kisah Yang Ringkas Ini.

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - mninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.



Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


Cinta Itu Misteri?

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yangg tak membalas cinta mu , janganlah merasa tersisih.Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi
kembali kan penghormatan tu dengan cara yangg ikhlas & jujur .
Jgn amik kesempatan & janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap
hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahgiaan yang serupa sekalipun cara
kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengen seseorang yang begitu menyintai diri
kita & tiba2 cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus
di persalahkan... relakanlah cinta tue pergi.

Kerana setiap yang berlaku ader maksud yang tersembunyi &
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.

Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri
di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. "
Disebalik senyuman tersimpan seribu kepahitan dan
Disebalik kepahitan terungkap sejuta penyesalan.......


Isnin, 21 Disember 2009

Madah Cinta...


Kadangkala, kita mencintai seseorang terlalu banyak, sampai kita merasa mati rasa terhadap cinta itu. Karena, jika kita merasakan seberapa besar cinta kita terhadap mereka, perasaan itu akan membunuh kita. Bukan berarti kita menjadi orang yang buruk. Tapi itu karena hati kita terlalu besar.

Cinta adalah sebuah bentuk pemaafaan yang tanpa henti, sebuah tatapan lembut yang menjadi kebiasaan.

Hal terbesar yang pernah Anda pelajari di dunia ini adalah mencintai dan dicintai.

Cinta terbaik adalah yang melembutkan jiwa, yang membuat kita lebih menginginkannya, yang memberi kehangatan di hati dan yang memberi kedamaian pada pikiran kita.

Jika Anda menghakimi seseorang, maka Anda tidak memiliki waktu untuk mencintai mereka.


Mengenali Cinta....


CINTA abadi, bermakna cinta hakiki yang akan meletakkan kita kekal abadi di akhirat nanti. Kasih sayang yang suci dan sejati, bererti lahirlah satu penjanaan yang hakiki dalam menghasilkan “rabitah” yang kukuh. Selain itu, ikatan ini akan menjamin keselesaan di akhirat tanpa ada bantah-membantah sesama kita. Namun janganlah disalah ertikan konsep “al hubb” ini, kerana “al hubb” di kalangan manusia hari ini ada cinta yang halal bahkan cukup indah dan ada juga cinta yang haram tapi mengasyikkan namun berakhir dengan kepanasan dan kepedihan neraka jahannam. Hasil sensitiviti kita terhadap apa yang berlaku terhadap umat Islam hari ini, mengingatkan kembali kepada nilai “al hubb” di hati umat Islam . Samada cinta mereka kepada Allah, Rasul dan sesama umat Islam terjalin kukuh atau tidak . Keganasan yang berlaku terhadap umat Islam di Bosnia, Kosovo, Kashmer, Algeria, Pelastin, dan sebagainya telah memperlihatkan kadar cinta umat Islam kepada Allah, Rasul dan sesama umat Islam. Gejala jenayah murtad, zina, rompak, judi, buang bayi, rasuah, penolakan hukum Allah dan sebagainya yang berlaku di tanah air tercinta sebagai tanda bahawa telah luntur bahkan telah hilang sama sekali rasa cinta dan kasih kepada Allah, Rasul dan sesama umat Islam .

Firman Allah Taala yang bermaksud: Katakanlah “jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” al-Imran ayat 31, al Quranul Karim.

Cinta kepada Allah dan Rasul bermakna, sanggup melaksanakan segala suruhan dan sedia meninggalkan semua larangan dan tegahan-Nya. Cinta kepada Allah dan Rasul, bererti sanggup berkorban jiwa raga demi mendapatkan rahmat dan keredhaan daripada Allah yang Maha Esa. Cinta kepada Allah dan Rasul juga bermaksud, tidak mengambil dan menghukum selain daripada apa yang telah disyariatkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya.

Akibat dari luntur dan gugur serta hilangnya nilai “al-hubb” di hati umat Islam kepada Allah dan Rasul-Nya, maka bala dan ujian Allah Taala pastikan tiba. Buktinya, lihatlah kesan pencabulan umat Islam terhadap hudud-hudud Allah, hasil dari kosongnya jiwa mereka daripada nilai cinta yang hakiki ini, maka lahirlah pelbagai masalah sosial yang menghabiskan harta negara dan merimaskan umat. Perubahan cuaca yang ketara iaitu kemarau yang berpanjangan, musuh- musuh Islam dari dalam dan luar menyerang dan mencabul kesucian dan keizzahan umat Islam dan sebagainya lagi, juga merupakan kesan kepupusan cinta yang hakiki kepada Allah dan Rasul-Nya.

Selain itu, cinta sesama umat Islam juga kian pudar dan tawar , bahkan kadang-kadang pahit lebih daripada hempedu. “Hidup bermuafakat membawa berkat”pepatah yang tiada lagi nilainya di kalangan kita . “Cubit paha kanan , paha kiri terasa” kata-kata yang telah hilang di hati kita semua. Bahkan sabda Rasullah yang bermaksud “Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingalah dia cinta kepada saudaranya sebagaimana dia cinta kepada dirinya sendiri” sering dilupai dan ditinggalkan oleh umat Islam .

Nilai “al-hubb fillah, wabillah” sesama Islam ramai yang kurang memahami, dan kalau yang faham pun tatbiki dan praktiknya tidak berlaku. Masing-masing dengan “ananiyahnya” dan asyik berlumba-lumba mencari “self-actualisation”( kewujudan diri ) tanpa menoleh kepada teman-teman sekeliling . Umat Islam sanggup mengkhianati sahabat sendiri, umat Islam sanggup menipu teman karib, bahkan umat Islam sanggup membunuh jasad dan membunuh peribadi saudara mereka sendiri .

Oleh itu, kita melihat umat Islam hari demi hari disembelih, dikorek biji mata, digantung, diperkosa, dicincang, dan sebagainya lagi . Namun, umat Islam sekadar membisu , bahkan ada yang masih ketawa dalam keseronokan dunia, “lagha” dengan keasyikan cinta jahanam yang meloyakan serta alpa dalam keindahan dunia yang sementara. Inilah hasil hilangnya rasa cinta dan kasih umat Islam sesama Islam. Inilah sikap kita yang tidak lagi mengambil berat terhadap hadis Rasulullah saw yang bermaksud “Barang siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka ia bukan dari kalangan kami”.

Akhirnya, prioriti yang harus kita titikberatkan sekarang ialah, marilah kita sama -sama menjalin dan mengutuhkan kembali cinta hakiki dan abadi di dalam diri masing-masing . Cintailah Allah kerana sesunguhnya syurga pasti menanti . Cintailah Rasulullah saw, syafaat dan pertolongan akan diberikan di Akhirat kelak. Cintailah sahabat-sahabat kita, nescaya akan menampilkan keizzahan dan kekuatan hasil dari ikatan ukhuwah yang terjalin. Sebaliknya tingalkanlah cinta yang melalaikan dan tidak mendatangkan apa-apa manafaat, bahkan boleh mendatangkan kemurkaan Allah Taala.

Ahad, 20 Disember 2009

Fikirlah Pencari Cinta

Sabda Rasulullah: "Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Kahwinilah wanita yang baik penghayatan agamanya, sudah tentu engkau akan mendapat ketenteraman

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini

al-Quran surah al-Baqarah ayat 221, bermaksud: "Janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman. Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada wanita musyrik sekalipun ia menarik hati kamu."

cinta itu amanah Allah
dan amanah adalah sesuatu yang paling berat
bertuahlah andai jatuh cinta dan dicintai

jauhilah segala yang haram
kerana cinta itu benih
benih untuk membina ummah
kalau sayangkan agama
cintakan Allah,jauhkan cintamu dari maksiat

memang payah
kerana aku jua selalu tewas
kerna ada cinta yang sudah jadi panahan iblis
maka,sentuh tak pe
berdua-duan tak pe
buat sesuatu yang datangkan fitnah tak pe

kalau cintakan Rasulullah,ikutlah kata baginda
sulamlah cinta dengan ijab dan kabul
kalau cinta
ikrarlah bahawa aku akan bawa dia ke syurga bersamaku
maka,untuk ke syurga itu ada pelbagai syarat
ikutlah sebaik mungkin

pedih hati,calar jiwa
bila lihat orang yang dicintai menjauhi landasan Allah
itulah sebenar cinta
walaupun hampa!
cinta itu penyelamat

jadilah kamu
tangan-tangan yang menarik dia ke jannah
jangan jadi
tangan-tangan menolak dia ke neraka jahanam
org bercinta selalu kata
"love u forever"

tapi.
perbuatan,bagai hanya menggilai cinta dunia
kalau selamanya
maknanya kita akan bersama
sampai ke syurga

"andai aku ke syurga,akan kupinta kau bersamaku
takkan kuleka
takkan kulakukan
yang mengheretmu ke neraka.
aku ikrar kerana CINTA"

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)


Jika Aku Jatuh Cinta...


Ya Allah. . .
Jika aku jatuh cinta
Cintakan aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu

Ya Muhaimin. . .
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak terjatuh dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana. . .
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul ‘Izzati. . .
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah. . .
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu
Melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah. . .
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang
Menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah. . .
Jika Kau halalkan aku
Merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki
Dan rindu abadi
Hanya kepada-Mu. . .


Sabtu, 19 Disember 2009

Dunia Akan Beku Tanpa Cinta



Tujuh abad yang lalu Jalaluddin Rumi sufi besar dalam karyanya yang teragung "Matsnawi"mengungkapkan."Jika tiada cinta dunia akan membeku". Cinta baginya adalah umpama lautan luas dan dalam seluas dan sedalam daya jelajah nurani manusia itu sendiri.Cintalah yang semestinya menjadi anak kunci utama bagi hubungan antara manusia antara kebudayaan dan antara sistem hidup yang berbeza.Jelas sekali hari ini akibat corak hubungan manusia yang terlepas dari panduan cinta dan pertimbangan yang rasional telah membawa manusia kepada kebinasaan dan kehancuran.Contoh yang jelas peperangan yang berlaku sesama manusia adalah manifestasi dan iklim hati yang membeku,kecuali perang untuk membela diri dan membela keadilan yang hakiki.

Cinta adalah akar dari segala kebaikkan dan keutamaan hidup manusia.Jesteru itu,Rasulullah saw dalam satu hadithnya memberi panduan yang bermaksud:
"Tidaklah berimah seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimanan ia mencintai dirinya sendiri."

Namun disaat peradaban manusia semakin materialistik, sombong, serta tamak haloba,masih adakah telinga yang mahu mendengar pesan-pesan agung para Nabi itu? Dan hakikat ini juga Nabi Isa a.s dikatakan pernah berpesan:"Cintailah jiranmu".

Tidak dinafikan bahawa peradaban yang menguasai arus globalisasi,berkat ilmu dan teknologi moden adalah peradaban yang lahir dan keadaaan hati yang sedang membeku. Akibat kebekuan hati manusia akan lenyapnya kepekaan terhadap nilai baik dan buruk. Baik dan buruk telah dijadikan barang perniagaan tanpa modal Hati yang beku dan tertutup inilah yang dinyatakan dalam Al-Quran suruh Al-Araaf ayat 179..firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dan dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat."

Hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana mestinya.Implikasi kedua akibat hati adalah hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan-kepentingan duniawi lain. Akibatnya suasana persaudaraan umat manusia di dunia terasa begitu kering dan tandus.Umat Islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan sejati seperti yang ditekan oleh al-Quran sudah tidak dihirau lagi semata-mata kerana tarikan kepentingan benda dan bangsa yang lebih diutamakan.

Implikasi ketiga akibat kebekuan hati manusia kita dapat lihat bentuk tindakannya yang rakus,baik terhadap benda mahupun terhadap kekuasaan. Benda dan kekuasaan seseungguhnya apabila jatuh ke tangan hati yang beku akan membawa malapetaka.Kerakusan itu sebenarnya adalah simbol dan struktur batin yang sakit dan tidak bermaya.Malangnya,hari ini banyak sekali manusia tidak mampu melihat bencana yang mungkin ditumbulkan oleh watak manusia yang rakus ini.Ketumpulan wawasan moral dan kerakusan terhadap kebendaan dan kekuasaan sepanjang sejarah telah mencabik-cabikkan prinsip kesatuan umat manusia.

Para sahabat yang dikasihi:

Carilah cinta yang hakiki dan cinta kepada yang lain kerana Allah,janganlah kerana cinta,kita sanggup menggadaikan agama dan maruah kita.Ingatlah kita akan dipersoal kerananya kelak.

Begitulah antara 3 implikasi yang dapat kita sama-sama hayati dan fikir-fikirkan bila mana perasaan cinta yang dikurniakan Allah swt didalam hati manusia itu disalah guna.Ya,memang benar"dunia akan membeku jika tiadanya cinta..membeku dan terhenti dari perkara-perkara kebaikkan,keprihatinan dan kasih sayang.Moga bermanfaat buat semua..insyaALLAH.

Dunia Cinta


Kehidupan di dunia
Kadang kala indah bagai bulan purnama
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana…

Hati yang berdetik
Namun mulut tetap terkunci
Tidak mampu melafazkan
Yang tersurat di hati
Kerana jendela bibir terkunci rapi

Jiwa meratap pedih
Perasaan menagih kasih
Orang yang dinanti
Datang bagaikan mimpi

Hinanya diri
Diperlakukan sebegini..
Bagai tiada erti
Umpama hilang perasaan hati

Termenung ku seketika
Dilamun mimpi khayalan yang tak sudah
Diri masih tertanya-tanya
Kemana hilangnya kemanisan di dunia

Kunci yang dicari
Hilang tetap tak ditemui
Kaki yang melangkah kedepan
Tiba-tiba tersisir ke belakang
Bagai hidup tiada penghujung
Umpama bunga hilang wanginya
Ibarat daun tiada hijaunya
Dunia yang berputar
Namun kaki tidak terlangkah
Masa yang berlari
Namun jiwa masih terhenti
Umpama memijak diawangan
Bagai berlari dikayangan
Ibarat ada dalam tiada
Dicapai tapi tidak terasa
Digenggam namun terlepas jua
Ibarat diri bayang-bayang
Yang berpijak di bumi nyata

Diri tinggal tanda Tanya
Beginikah dunia?
Yang selama ini dikejar
Namun tak pernah ditemui
Beginikah hidup?
Yang selama ini diterokai
Namun masih menjadi misteri…

Apa yang harus diingati
Yang pergi takan ada lagi
Yang wujud bakal tiba pengganti
Yang tinggal tetap jua kembali

Misterinya kehidupan..
Makin ditanya
Makin banyak persoalan
Makin diteroka
Makin banyak rasia

Apa yang dikata
Telah lama tersirat dijiwa
Apa yang dicari
telah lama ditemui
apa yang dibenci
sebenarnya paling disayangi
itulah
kenyataan diri
kebenaran yang ditemui
sengaja disembunyi
lagi dicari..

Cinta…
Ibarat lautan terbentang
Kasihnya tetap ketepian
Semakin cuba diselami
Semakin dalam hati merasai
Semakin banyak yang dijumpai
Kasihnya tiada ganti
Tidak juga berbelah bagi


Muhasabah Cinta

Semakin besar cinta kita, akan semakin besar motivasi yang bangkit.

Lihatlah, banyak orang yang sampai nekat bunuh diri karena putus cinta. Ini menggambarkan bahwa cinta memiliki kekuatan untuk menggerakkan diri kita, bahkan untuk hal-hal yang buruk dan tidak masuk akal. Mungkin Anda sudah banyak mendengarkan kisah cinta picisan, apa pun dilakukan “karena cinta”.

Joe Vitale menyadari kekuatan cinta sebagai motivator utama setelah dia melihat film 50 First Dates (2004) (50 Kencan Pertama) yang menggambarkan usaha seorang pria yang setiap hari berusaha membuat seroang wanita jatuh cinta kepadanya. Usaha ini dilakukan setiap hari, karena sang gadis pujaan memiliki ingatan yang mampu mengingat cuma 1 hari. Ini hanya salah satu dari sekian kisah cinta dalam film.

Anda bisa memanfaatkan kekuatan cinta ini untuk mendapatkan motivasi diri. Tentu saja, tidak sebatas cinta terhadap lawan jenis, tetapi cinta kepada hal lainnya juga. Saat Anda mencintai pekerjaan Anda, Anda akan memiliki motivasi yang cukup saat bekerja. Lihatlah pemasin sepak bola, di tengah jadwal yang ketat, mereka tetap enjoy bermain di lapangan, karena mereka mencintai profesinya sebagai pesebak bola.

Namun, ada cinta yang paling kuat. Saat Anda tidak memiliki cinta ini, sungguh Anda sudah menyia-nyiakan hidup Anda. Inilah cinta yang paling besar, yang memotivasi para mujahid di medan perang. Tidak takut mati, tidak takut rasa sakit, tidak takut apa pun, demi cinta ini. Cinta ini tiada lain, cinta kepada Allah.

Karena bekerja adalah bagian dari ibadah. Begitu juga bisnis adalah bagian dari ibadah. Dan, ibadah adalah sebagai cinta kita kepada Allah, maka kerja dan bisnis kita juga adalah perwujudan cinta kita kepada Allah. Seharusnya, saat kita bekerja dan bisnis, kita akan memiliki motivasi yang tinggi.

Sudahkah?

Mari kita pancangkan niat kita, bahwa kerja dan bisnis kita untuk beribadah. Marilah kita pupuk kesadaran kita, bahwa bisnis dan kerja kita adalah salah bentuk wujud cinta kita kepada Allah.

Adakah perasaan cinta kita kepada Allah? Jika terasa kurang, maka iman kita harus ditingkatkan lagi. Sebab cinta kepada Allah hanya dimiliki oleh mereka yang beriman.

Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (QS Al Baqarah:165)

Cinta....

Bila bercinta, jadikan kekasih Anda seperti seorang kawan rapat. Pada dia Anda berkongsi segala, suka dan duka, gembira, tawa serta cabaran yang melanda hidup Anda.

Cinta adalah emosi positif yang amat kuat. Kerana cinta, sesiapa saja sanggup berkorban segala dan buat apa saja. Cinta sifatnya subjektif, sama ada cinta pada ibu bapa, negara mahupun cinta pada seorang kekasih.

Kita bersemangat bila adanya cinta dan motivasi juga naik membara bila ada semarak cinta. Tekanan, risau dan gundah gulana hilang bila munculnya cinta. Cinta juga wujud dalam semangat setia kawan, bak kata Bob AF2, Cinta Seorang Teman.

Andai Anda tiada kekasih yang untuk mencurah cinta, tumpahkan kasih sayang Anda pada ibu bapa, keluarga, adik beradik mahupun hobi Anda.

Sejak dari dulu lagi, motivasi timbul bila adanya rasa cinta. Jadi, untuk memberi semangat pada diri sendiri, timbulkan rasa cinta di dalam hati Anda, kalau boleh dari pagi hingga ke malam hari!.

Elak memandang cinta sebagai emosi yang menyakitkan, sedih ataupun pilu kerana sikap negatif sebegitu akan membuang motivasi jauh dari diri Anda. Kesannya, Anda sukar nak ada motivasi dalam apa jua yang Anda lakukan.

Kita sentiasa ada dua pilihan, hitam atau putih, positif atau negatif, gembira atau sengsara. Mengapa perlu berduka, sedangkan Anda ada pilihan untuk bertukar menjadi gembira.

Kuatkan semangat dan sabarkan hati, walau apa jua yang terjadi.

Petikan Cinta


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU.

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan didalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan didalamnya.

Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri artinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian ... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut kemulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.