Selasa, 22 Disember 2009

Cinta Itu Misteri?

Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorang yangg tak membalas cinta mu , janganlah merasa tersisih.Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu di cintai oleh seseorang yg tak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi
kembali kan penghormatan tu dengan cara yangg ikhlas & jujur .
Jgn amik kesempatan & janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap
hati & perasaan mengalami kepedihan & kebahgiaan yang serupa sekalipun cara
kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengen seseorang yang begitu menyintai diri
kita & tiba2 cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus
di persalahkan... relakanlah cinta tue pergi.

Kerana setiap yang berlaku ader maksud yang tersembunyi &
kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta.

Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa.
Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri
di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati mu.

Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia...
Cinta sentiasa & selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati mu.. "
Disebalik senyuman tersimpan seribu kepahitan dan
Disebalik kepahitan terungkap sejuta penyesalan.......


2 ulasan:

  1. thanx!!

    baru faham pe tu cinta bla bace entri nie

    suka2 :)

    makin lame makin besh bace .

    @)---;---

    BalasPadam
  2. Suke entry anda..
    Cinta itu adalah suci.Yg mengotorinya adalah cinta kerana nafsu, rupa, wang dan sbgnya.Cinta seperti itu tidak akan kekal selamanya dan akan membawa kepedihan dan sbgnya. Cinta yg selamanya adalah dari Allah s.w.t dan itulah cinta yang akan membawa kite bahagia wlpn berada dlm musibah dan sbgnya kerana Dia ada sentiasa menemani kite :).

    Tp mmg cinta pada manusia itu pun tak dpt dielakkan. Tp ramai org tidak memahami apa itu cinta. Cinta itu adalah sebenarnya penuh keikhlasan, memastikan dier bahagia sentiasa, menerima dia seadanya,tak semestinya kita harus memilikinya.Jika kite nak sangat memilikinya tanpa memikirkan kebahagiaan dier..itu maksudnya cinta pada diri dan bkn cinta padanya.

    Yang penting org yang kita syg tu sentiasa bahagia. Dan berusaha utk melindungi nya dan juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dier,kebahgiaanya nya,sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan agar Allah s.w.t menyayangi dier juga.

    Wlpn dier xde di dunia pun. Kite setia menunggu agar ditemui kembali di akhirat, insya'allah kalau kite sentiasa doa.

    Bile org yg kite syg itu meninggal dunia, tak bermaksud dier xde.Dier mmg ade lagi tp di dunia lain. Allah s.w.t itu sgt berkuasa. Cinta sejati itu mmg wujud dgn kehendak-Nya kalau kite sentiasa berdoa kepada-Nya dan menyerahkan kepercayaan pada-Nya.

    BalasPadam