Jumaat, 25 Disember 2009

Cinta Adam Kepada Hawa...


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.....

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana saya khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri......

Hawa,
Lelaki yang baik jua tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan yang mengodanya. Lelaki yang warak juga  tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.....

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdir tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibubapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagikan dirimu.....

Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah kelurgamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang imam lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan